Padang Bola Sepak Bakal Di Bina.

Oleh : Mr Pai 

Beaufort: Satu padang bola sepak bakal di bina di kawasan kampung bukau pada tahun 2024.

Mengulas lebih lanjut perkara ini, Ruslan Muharam berkata ianya masih lagi di peringkat cadangan.

"Kita telah pun mengenal pasti satu kawasan bagi pembangunan bukau yang telah dilawati dan kita akan mendapatkan kepastian kesahihan kawasan tersebut oleh Jabatan Tanah dan Ukur." Katanya.

Menurut beliau sekiranya kawasan tersebut berstatus simpanan akan membina padang bola sepak di kawasan berkenaan.

"Saya menganggarkan kos keseluruhan pembinaan padang bola RM200 ribu ringgit bagi kerja-kerja pembersihan dan menanam rumput pada tahun 2024." Jelas Ruslan.
Tambah beliau lagi akan melihat kawasan yang sesuai bagi tujuan pembinaan satu dewan terbuka yang baru.

"Kita juga akan merancang membina masjid yang baru, tetapi cadangan pembinaan ini dibuat secara berperingkat pada tahun 2024." Jelasnya lagi.

Kampung bukau terlibat dengan pembinaan Pan Borneo yang menjejaskan beberapa bangunan kerajaan seperti klinik kesihatan, balai polis, masjid dan padang bola Sk Bukau.

Sebelum itu, Ruslan yang juga pembantu menteri kepada ketua menteri telah merasmikan program ramah mesra bersama rakyat dan penutupan kejohanan bola sepak piala YB Datuk Haji Ruslan Muharam di dewan terbuka bukau.

Pasukan dari Papar telah mengungguli kejohanan ini buat julung kali diadakan.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

GRS N.34 Lumadan Sedia Hadapi PRN.

Jentera Wanita GRS Lumadan Mantap, Selesai Taklimat di Semua 13 PDM.