Majlis Ikrar dan Taat Setia Tugas UPPM N34 Lumadan.

Oleh : Mr Pai

Beaufort: Satu majlis Ikrar dan taat setia tugas Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N34 Lumadan telah dilangsungkan di bilik mesyuarat pejabat ADUN N34 Lumadan.

Seramai 13 orang kakitangan UPPM N34 Lumadan telah menandatangani borang serta Ikrar taat setia di hadapan Dioslin Alin @ Agustine Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N34 Lumadan.


Dimulai oleh Sobri Abdul Adis Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), Dayang Surinah Mohd Karim penyelia kemajuan masyarakat seterusnya pemaju mukim, pemaju masyarakat dan pembantu operasi.

Perkara ini dikongsikan di Facebook rasmi UPPM N34 Lumadan sepanjang majlis ini dijalankan secara tertutup.


Dengan rasminya 13 orang kakitangan UPPM N34 Lumadan telah menandatangani borang serta berikrar taat setia dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Popular posts from this blog

Usahawan Muda Tempatan Berani Ceburi Dunia Dekorasi Moden.

USAHA BERTERUSAN YB DATUK HAJI RUSLAN MUHARAM MEMBANGUNKAN DUN N34 LUMADAN.

Majlis Pecah Tanah Projek Naik Taraf Jalan Kampung Guakon: Langkah Ke Arah Pembangunan Luar Bandar Yang Lebih Mampan.