Cadangan Kursus Ternakan Udang.
Oleh : Mr Pai
Beaufort: Wakil rakyat lumadan Ruslan Muharam memberi cadangan kepada Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Negeri Sabah dapat membuat kursus perternakan udang.
"Saya memberi cadangan kepada JPSM agar dapat membuat kursus perternakan udang kepada golongan B40." Ciap Ruslan di Facebook.
Perkara ini dikongsikan ketika beliau membawa JPSM melawat ternakan udang yang diusahakan Suraman Basni di kampung Bintuka.
Menurut Ruslan, sekiranya kursus ini berjaya dilaksanakan ianya dapat membantu menjana pendapatan dan juga sebagai menyahut seruan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemiskinan khususnya di dun lumadan.
"Ternakan udang ini juga dilihat dapat membantu nelayan yang sering menghadapi risiko seperti hujan yang menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut." Ciapnya.