22 Peserta Sertai Kursus Kemahiran Pembuatan Pelbagai Bun.
Oleh : Mr Pai
Beaufort: Seramai dua puluh dua orang peserta menyertai kursus kemahiran membuat pelbagai jenis bun anjuran SNS Enterprise di Lumat.
Majlis penutupan ini disempurnakan oleh Ruslan Muharam pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkata kursus adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta.
"Saya yakin dengan adanya kursus ini peserta dapat meningkatkan kemahiran untuk menjana sumber pendapatan." Kata Ruslan kepada media ketika ditemui.
Tambahnya lagi, peserta menyertai kursus ini akan dapat membuat pelbagai jenis produk mereka di pasaran.
"Saya mengharapkan peserta dapat melanjutkan lagi kemahiran dengan menyertai pelbagai kursus yang dianjurkan seperti KPLB, MARA, KEMAS dan juga agensi - agensi yang lain." Jelas Ruslan.
Ruslan mahu juga peserta merebut peluang yang ada bagi meningkatkan kemahiran bagi mempelbagaikan lagi produk mereka.
"Dengan ada kesungguhan dan keyakinan diri serta semangat untuk maju saya yakin peserta ini dapat menghasilkan pelbagai bun."
Ruslan (tengah) merakam kenangan dengan peserta kursus.