Tiga Anak Jati Lumadan Wakili Sabah ke Kejohanan MSSM Kebangsaan.

Oleh : Mr Pai 


BEAUFORT – Tiga anak jati Lumadan mencipta kebanggaan apabila telah terpilih menyertai pasukan bola tampar lelaki bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSS Sabah) yang bakal bersaing dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) peringkat kebangsaan di Alor Star, Kedah.

Pengiktirafan ini diraikan dalam Majlis Makan Malam Apresiasi MSS Sabah yang diadakan di Beaufort semalam, dengan kehadiran Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah (Hal Ehwal Agama) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, YB Datuk Haji Ruslan Muharam.

Ruslan menyifatkan pemilihan tiga anak Lumadan itu sebagai sesuatu yang amat membanggakan, lebih-lebih lagi kerana mereka berasal dari kawasan luar bandar.

“Kejayaan ini membuktikan bahawa anak-anak kampung juga mampu melakar kejayaan di peringkat tertinggi apabila diberi ruang, kepercayaan dan sokongan yang sewajarnya,” katanya selepas majlis tersebut.

Tambah beliau, kisah kejayaan ini wajar dijadikan sumber inspirasi kepada anak muda lain di Lumadan.

“Bakat dan potensi memang sudah ada. Yang penting ialah usaha, semangat, dan keyakinan untuk terus mara ke hadapan,” ujar Ruslan.

Beliau turut menyeru anak-anak muda agar berani mengejar cita-cita dan tidak takut bermimpi besar.

“Kalau tiga anak kita boleh ke pentas kebangsaan, kamu juga mampu berjaya dalam bidang kamu sendiri,” katanya lagi.

Ruslan turut merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh pasukan MSS Sabah serta memberikan penghargaan khusus kepada tiga wakil dari Lumadan yang bakal mengharumkan nama daerah mereka.

“Teruskan membawa nama baik negeri dan kampung halaman dengan penuh semangat kesukanan. Kami di Lumadan akan terus menyokong,” katanya.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

GRS N.34 Lumadan Sedia Hadapi PRN.

Jentera Wanita GRS Lumadan Mantap, Selesai Taklimat di Semua 13 PDM.