SAMBUTAN SYAWAL PENUH MERIAH DI KG. LINGKUNGAN.

Oleh : Mr Pai / Foto : Facebook DHRM 


KG. LINGKUNGAN, 20 April – Kemeriahan Syawal terus disemarakkan dengan penganjuran Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 yang berlangsung di perkarangan Masjid An-Nur, Kg. Lingkungan pagi tadi.

Program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Kg. Lingkungan ini disambut meriah oleh penduduk setempat dengan pelbagai pengisian menarik, antaranya pertandingan gusti lengan, mewarna untuk kanak-kanak, melastik dan aktiviti santai yang mengeratkan hubungan sesama komuniti.

YB Datuk Haji Ruslan Bin Muharam, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah (Hal Ehwal Agama) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, menyampaikan ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini dengan cemerlang.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengerusi Masjid merangkap Pengerusi Program, Yang Dihormati Haji Wassim bin Nassaruddin serta seluruh AJK yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran program ini. Tidak lupa juga kepada Ketua Anak Negeri (KAN), Haji Amat Momin, Ketua Kampung Encik Atin, Pemaju Masyarakat Puan Rita binti Maglan, barisan JKKK serta seluruh penduduk kampung yang hadir memeriahkan suasana,” ujar beliau.

Saudara Zefanya @ Mohd. Jeffry bin Tupong, Pemaju Mukim Satu, hadir mewakili Datuk Haji Ruslan Muharam dalam menyampaikan salam serta ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga Kg. Lingkungan.

Program sebegini menjadi wadah penting dalam memupuk perpaduan serta mengeratkan silaturrahim dalam kalangan masyarakat setempat. Semoga hubungan yang terjalin ini terus kukuh demi kesejahteraan bersama.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

USAHA BERTERUSAN YB DATUK HAJI RUSLAN MUHARAM MEMBANGUNKAN DUN N34 LUMADAN.

Sukan Bentuk Jati Diri, Rayyan Buktikannya.